PENGENALAN

PENGENALAN

KESATUAN PEKERJA

Apa yang dimaksudkan dengan “Kesatuan Sekerja atau “Kesatuan”?

“Kesatuan Sekerja” atau “Kesatuan” ertinya apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan , iaitu orang-orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang-orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan.

OBJEKTIF KESATUAN SEKERJA

  • Mewujudkan perhubungan yang baik di antara majikan dan pekerja.
  • Mewujudkan keharmonian perusahan di antara majikan dengan majikan dan pekerja dengan pekerja.
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan.
  • Memelihara hak dan kepentingan pekerja melalui program-program pendidikan, ekonomi dan sosial.

PERANAN KESATUAN SEKERJA

  • Menjadi pengantara di antara majikan dan pekerja dalam menyelesaikan konflik/isu berkaitan pekerjaan.
  • Menjaga kebajikan dan faedah anggota-anggotanya.
  • Mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaiaan perusahaan.
  • Memberi bantuan guaman.
  • Menganjurkan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggotanya.