Message
PERUTUSAN PRESIDEN
Assalammualaikum dan Salam sejahtera.
Pemimpin terdahulu dan sekarang silih berganti dengan matlamat dan tujuan yang sama iaitu menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari-Nya, kami telah berjaya mewujudkan laman web Kesatuan Eksekutif AIROD (KEA) demi menepati citirasa Ahli KEA yang sentiasa inginkan informasi terkini yang mudah dicapai di mana sahaja.
Pembangunan laman web ini adalah salah satu alternatif dan pendekatan baru bagi KEA dalam memberikan perkhidmatan kepada ahli. Melalui laman web ini, KEA dapat menyalurkan maklumat yang boleh dimanafaatkan ahli Kesatuan dan masyarakat dapat menjadikan laman web KEA ini juga sebagai sumber maklumat.
Terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM) di atas pemberian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2022 dimana peruntukkan yang KEA terima, telah dapat membangunkan laman web ini.
Harapan kami, agar laman web ini menjadi satu daya tarikan baru untuk meningkatkan lagi usaha KEA demi membentuk warga kerja terutamanya Ahli KEA yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Akhir kata, kerjasama semua Ahli KEA amatlah diharapkan dalam memastikan visi dan misi KEA tercapai. Patuhi arahan Jabatan dan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan semasa, sebelum dan selepas bertugas. Sekian, Terima kasih.
ENCIK ROS AZURIN BIN ABDUL HALIM
PRESIDEN
Kesatuan Eksekutif AIROD Sdn Bhd.